Showing posts with label interesting places. Show all posts
Showing posts with label interesting places. Show all posts

Wednesday, October 24, 2007

Air Terjun Kota Tinggi


Air Terjun Kota Tinggi- air terjun yang sangat indah ini didatangi pelancong dari luar Negara dan dalam Negara.

kampung Tembioh

ampong Tembioh- terletak Makam Cik Siti Aminah yang dipercayai berketurunan Bendahara atau Temenggung Johor. Menariknya mengenai Cik Siti Aminah ini, beliau dikatakan pernah berkahwin sebanyak 99 kali dan perkahwinan ke-100 merupakan perkahwinan yang kekal dan membawa kebahagiaan.

Kampung Kelantan



Kampung dimana terletaknya Makam Laksamana Bentan. Makam ini dijaga oleh penduduk sekitar Kampung Kelantan dan dipantau oleh Ketua Kampung.

Kampung Makam




disini terletaknya Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang iaitu pemerintah Johor yang ke-10. Sultan ini dbunuh oleh Laksaman Bentan.

Sungai Johor





sungai ini menjadi tarikan utama pelancong pada waktu malam kerana kehadiran kunang-kunang yang menghiasi tebing sungai ini. Pada masa sekarang, perusahaan bot di Sungai Johor, yang membawa pelancong melihat kunang-kunang, dimiliki hak persendirian. Pada waktu petang pula, telah menjadi perkara biasa bagi penduduk di sekitar sungai untuk memancing ikan dan udang.

Tuesday, October 23, 2007

Bazar Kota

dikenali juga sebagai Mini Kelantan kerana pada mulanya, perniagaan disini dimulakan oleh penduduk yang berasal dari Kelantan. Menyediakan pelbagai kedai. Antara yang paling banyak adalah perusahaan tekstil yang menjadi salah satu tarikan utama Kota Tinggi terutama ketika perayaan semakin hampir.

Monday, September 24, 2007

Muzium Kota Tinggi

MUZIUM KOTA TINGGI






Berdasarkan statistik yang kami dapati daripada pihak Muzium Kota Tinggi, bilangan pengunjung yang datang pada bulan Disember 2006 adalah 942 orang diikuti dengan bulan Januari 2007 sebanyak 163 orang dan pada bulan Februari 2007 sebanyak 272 orang. Pengunjung yang datang melawat Muzium Kota Tinggi kebanyakannya terdiri daripada orang awam, pelajar dan pelancong asing. Pada keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk tahun 2007 dan kemudiannya meningkat menjelang tengah tahun 2007.Menurut temuramah kami bersama Penolong Pengurus Muzium Kota Tinggi, Cik Asniza binti Uda, bilangan pengunjung ramai pada awal bulan Disember kerana pada waktu itu adalah musim cuti sekolah dan gelombang banjir pertama belum berlaku. Bilangan pengunjung semakin berkurang apabila masuk bulan Januari 2007 kerana pada waktu itu, gelombang banjir kedua telah berlaku dan daerah Kota Tinggi telah ditenggelami air. Walaupun Muzium Kota Tinggi tidak ditengelami air sepenuhnya dan paras air hanya setakat tempat meletak kenderaan, bilangan pengunjung tetap terjejas kerana sukar untuk pengunjung datang melawat muzium pada waktu itu. Walau bagaimanapun, bilangan pengunjung semakin bertambah selepas banjir surut iaitu menjelang awal bulan Februari 2007.

Sunday, September 23, 2007

fAscinAting fiRefLieS

sebelum menaiki bot menyelusuri Sungai Johor
Salah satu destinasi pelancongan menarik yang menjadi kajian kami ialah aktiviti melihat Kunang-kunang di sepanjang Sungai Johor. Hasil temuramah dan soal selidik, kami mendapati terdapat dua syarikat milik dua orang individu yang menjalankan aktiviti pelancongan melihat kunang-kunang ini secara sah. Salah satunya yang terdapat di tepi sungai di dalam pekan Kota Tinggi. Pemilik berkenaan merupakan seorang warga cina dan telah menjalankan aktiviti ini secara sah sejak dari tahun 1960-an lagi. Menurut beliau, idea membuka syarikat pelancongan ini datang apabila beliau sendiri menyusuri sungai Johor 40 tahun yang lalu dan mendapati di sepanjang sungai berkenaan memang banyak dihuni oleh spesies kunang-kunang yang jarang ditemui . Oleh itu, beliau pun memulakan perniagaan tersebut. Pada awal pembukaannya sehingga sebelum peristiwa banjir yang dasyat berlaku pada penghujung bulan Disember dan awal Bulan Januari berlaku, pelancong yang datang untuk melihat Kunang-kunang tidak dinafikan memang ramai bilangannya sehingga beliau sendiri terpaksa menambah bot-bot laju untuk memenuhi kehendak pelancong. Kebanyakan pelancong yang datang adalah terdiri daripada pelancong asing dari Singapura, Korea, Jepun dan Eropah dan juga pelancong tempatan. Setelah berlakunya peristiwa banjir yang melanda daerah berkenaan dengan teruk sekali, sebulan selepas kejadian banjir, memang tiada langsung pelancong yang datang untuk melihat kunang-kunang di sungai Johor. Keadaan ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung kos yang boleh dikatakan agak tinggi ekoran daripada ketiadaan pelancong yang ingin melawati kawasan berkenaan. Dua bulan selepas kejadian banjir yang berlaku pada awal bulan Januari, barulah pelancong mula datang untuk menikmati keindahan kelipan kunang-kunang pada waktu malam. Menurut beliau lagi, walaupun syarikat beliau sudah lama beroperasi semula, tetapi jumlah pelancong yang datang melawat kawasan tumpuan kunang-kunang sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan keadaan sebelum berlakunya peristiwa hitam yang menghantui semua penduduk dan peniaga di kawasan Kota Tinggi. Mungkin juga menurut pendapat beliau, ketika banjir berlaku di sepanjang sungai Johor, ia telah menghapuskan habitat dan juga sumber makanan kunang-kunang berkenaan. Dan ini memang diakui sendiri oleh jurupandu bot bernama Din dari Indonesia yang membawa kumpulan kami melawati tempat kunang-kunang di sepanjang sungai berkenaan . Kami juga terpesona melihat keindahan khazanah alam ini. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.