Friday, July 27, 2007

Rentetan peristiwa banjir

Banjir di Kota Tinggi pada tahun lalu dikatakan sebagai banjir tebesar dalam sejarah Kota Tinggi.Banjir ini berlaku dalam dua siri. Banjir gelombang pertama telah berlaku pada 19 Disember 2006. Ketika ini hampir keseluruhan Bandar Kota Tinggi di tenggelami air. Barisan kedai, bank, dan kompleks beli-belah yang berdiri gah di Kota Tinggi turut tenggelam dek bah besar ini. Para penduduk di pindahkan ke pusat-pusat pemindahan dengan segera dan bantuan dari seluruh rakyat Malaysia tidak putus-putus untuk mangsa banjir ini. Namun , Harapan para peniaga dan penduduk untuk melihat air surut,tidak kesampaian kerana banjir gelombang kedua sekali lagi menyerang Kota Tinggi pada 11 Januari. Malah,kali ini lebih dahsyat. Kawasan yang tidak ditenggelami air, telah terkena bahana musibah ini. Sekali lagi,pusat-pusat pemindahan di buka untuk mangsa-mangsa yang bernasib malang ini. Melihat keadaan mereka cukup memilukan hati. Namun, syukur kerana beban mereka diringankan dengan keprihatinan pemimpin dan rakyat Malaysia di setiap pelosok negeri.

Sunday, July 22, 2007

Kota Tinggi tidak setinggi namanya


Gambar di atas menunjukkan papan tanda ke Kota Tinggi.Kota Tinggi terletak 40 km dari Bandaraya Johor Bahru iaitu di muara Sungai Johor.Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk dilawati di Kota Tinggi. Namun,pada 19 Disember 2006, musibah banjir telah melanda Kota Tinggi. Peristiwa ini dianggap sebagai banjir paling besar yang melanda negeri Johor sehingga menyebabkan hubungan ke Kota Tinggi terputus terus.Selain itu, Batu Pahat,Johor Bahru, Kluang, Mersing, Muar, Pontian dan Segamat turut dilanda musibah ini.