Thursday, October 25, 2007

Senarai Projek pembaikpulihan jalan Kota Tinggi

jadual di atas menunjukkan senarai projek yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi terhadap jalan-jalan di sekitar tempat bersejarah Kota Tinggi selepas berlakunya banjir. Pembaikpulihan jalan ini sedikit sebanyak memudahkan penduduk tempatan serta pelancong.

Hotel Grand Water Lillies




Grand Water Lillies
Hotel ini tidak ditubuhkan lagi sebelum banjir. Sewaktu kedatangan kami, hotel ini baru sahaja beroperasi selama 2 bulan. Butiran hotel:
40-42, Jalan Niaga 2, 81900, Kota Tinggi Johor
Tel No: 07-882 6788
Fax No: 07-883 2788
Email:
grandwater_lillies.hotel@gmail.com

Hotel Mayres






Gambar di atas diambil ketika temuramah kami bersama pihak hotel. Hotel ini adalah antara hotel termewah dan terkenal di Kota Tinggi. Menurut pihak hotel, ini adalah kerana factor kemudahan yang terdapat di hotel ini. Sebelum berlaku banjir, hotel ini dilengkapi dengan Pusat Bowling, Pusat membeli-belah, cafeteria dan gymnasium. Namun, banjir besar yang berlaku melumpuhkan perniagaan pusat membeli-belah ini termasuklah pusat bowling dan cafeteria. Pihak hotel masih lagi dalam proses membaik pulih hotel. Bilangan pengunjung juga semakin bertambah. Hotel ini ada menyediakan pakej untuk pasangan yang berharga RM138 yang melibatkan penginapan bilik Standard hotel semalaman. Ia juga turut datang dengan set buffet sarapan dan pengalaman melihat kunang-kunang untuk 20 orang. Butiran hotel adalah seperti berikut:

Mayres Hotel Sdn. Bhd.
No 29, 8th floor, Jalan Tun Habab,
81900, Kota Tinggi Johor

Tel No: 07-883 9099
Fax No: 07-883 8099

Hotel Nasha







Gambar di atas diambil di Hotel Nasha yang dahulunya, ia adalah sebuah cafeteria. Sehingga hari gambar ini diambil,iaitu pada 1 September 2007,perkarangan cafeteria ini tidak dibaikpulih. Pihak pengurusan hotel bagaimanapun telah membaik pulih hotel di tingkat satu dan seterusnya. Jadi, hotel ini telah bersedia menerima kunjungan pelancong. Harga penginapan semalaman di hotel ini untuk bilik perseorangan adalah semurah RM38 dan penginapan yang paling mahal untuk bilik eksekutif adalah RM88. Hotel ini sesuai untuk mereka yang inginkan keselesaan bukan kemewahan.



Nasha Hotel,No. 40,


Jalan Tambatan,81900,


Kota Tinggi, Johor


Tel. No: 07-883 8888/883 8333
Fax No: 07-883 8300/883 8000

Jumlah Pelancong yang melawat Muzium Kota Tinggi


Graf di atas dipetik bersumberkan statistik pelancong yang datang ke Muzium Kota Tinggi. seperti yang dapat kita lihat, jumlah pelancong selepas Disember, kembali meningkat ekoran daripada pembaik pulih yang dilakukan pihak majlis daerah.

Wednesday, October 24, 2007

Air Terjun Kota Tinggi


Air Terjun Kota Tinggi- air terjun yang sangat indah ini didatangi pelancong dari luar Negara dan dalam Negara.

kampung Tembioh

ampong Tembioh- terletak Makam Cik Siti Aminah yang dipercayai berketurunan Bendahara atau Temenggung Johor. Menariknya mengenai Cik Siti Aminah ini, beliau dikatakan pernah berkahwin sebanyak 99 kali dan perkahwinan ke-100 merupakan perkahwinan yang kekal dan membawa kebahagiaan.

Kampung Kelantan



Kampung dimana terletaknya Makam Laksamana Bentan. Makam ini dijaga oleh penduduk sekitar Kampung Kelantan dan dipantau oleh Ketua Kampung.

Kampung Makam




disini terletaknya Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang iaitu pemerintah Johor yang ke-10. Sultan ini dbunuh oleh Laksaman Bentan.

Sungai Johor





sungai ini menjadi tarikan utama pelancong pada waktu malam kerana kehadiran kunang-kunang yang menghiasi tebing sungai ini. Pada masa sekarang, perusahaan bot di Sungai Johor, yang membawa pelancong melihat kunang-kunang, dimiliki hak persendirian. Pada waktu petang pula, telah menjadi perkara biasa bagi penduduk di sekitar sungai untuk memancing ikan dan udang.

Tuesday, October 23, 2007

Bazar Kota

dikenali juga sebagai Mini Kelantan kerana pada mulanya, perniagaan disini dimulakan oleh penduduk yang berasal dari Kelantan. Menyediakan pelbagai kedai. Antara yang paling banyak adalah perusahaan tekstil yang menjadi salah satu tarikan utama Kota Tinggi terutama ketika perayaan semakin hampir.




Sesi temuramah bersama penduduk Kampung Kelantan.






Monday, October 22, 2007

Tempoh pelancong melancong ke Kota Tinggi





Graf ini menunjukkan tempoh lawatan pelancong ke Kota Tinggi. Mereka berkunjung ke Kota Tinggi selama sehari, adlah pelancong yang datang dengan rombongan bas. Manakala majority yang melancong lebih dari sehari mengatakan, melancong ke Kota Tinggi adalah satu pengalaman yang amat menarik.

Kenyataan pengusaha tekstil mengenai jumlah pelancong yang datang selepas banjir


Carta pai di atas menunjukkan peratusan bagi jawapan kepada soalan 7,soal selidik kami ke atas peniaga. Soalan tersebut menanyakan pendapat para peniaga ke atas perbezaan jumlah pelancong yang dating ke Kota Tinggi sebelum dan selepas banjir.

jenis pelancong





Graf di atas menunjukkan jenis pelancong yang dating ke Kota Tinggi. Graf dibuat berdasarkan soal selidik yang dibuat ke atas 20 pelancong yang ditemui sekitar Kota Tinggi. Lapan daripada mereka adalah warganegara Malaysia. Sementara itu, pelancong yang dating dari singapura, kesemuanya berada selama sehari sahaja di Kota Tinggi. Mereka datang bersama rombongan bas yang diuruskan agensi pelancongan tertentu. Mereka datang untuk melihat khazanah alam seperti kunang-kunang dan air terjun. Mereka ini sama seperti pelancong dari Jepun dan China. Namun, ada juga yang datang ke Kota Tinggi atas urusan kerja.

TaRiKan UtAma PelaNcOng ke KotA TingGi





Graf di atas menunjukkan statistic tarikan utama Kota Tinggi mengikut pandangan pelancong, peniaga dan penduduk tempatan. Jelas disini, majority penduduk tempatan berpendapat bahawa tarikan utama pelancong adalah tempat bersejarah. Contohnya, Makam Laksamana Bentan dan Kampung Makam. Bagi pelancong yang mengunjungi Kota Tinggi, keunikan kunang-kunang di Sungai Johor yang menarik minat mereka.seterusnya,peniaga mengatakan tarikan utama Kota Tinggi adalah kedua-duanya tempat bersejarah serta kecantikan kunang-kunang pada waktu malam.