Thursday, October 25, 2007

Hotel Mayres






Gambar di atas diambil ketika temuramah kami bersama pihak hotel. Hotel ini adalah antara hotel termewah dan terkenal di Kota Tinggi. Menurut pihak hotel, ini adalah kerana factor kemudahan yang terdapat di hotel ini. Sebelum berlaku banjir, hotel ini dilengkapi dengan Pusat Bowling, Pusat membeli-belah, cafeteria dan gymnasium. Namun, banjir besar yang berlaku melumpuhkan perniagaan pusat membeli-belah ini termasuklah pusat bowling dan cafeteria. Pihak hotel masih lagi dalam proses membaik pulih hotel. Bilangan pengunjung juga semakin bertambah. Hotel ini ada menyediakan pakej untuk pasangan yang berharga RM138 yang melibatkan penginapan bilik Standard hotel semalaman. Ia juga turut datang dengan set buffet sarapan dan pengalaman melihat kunang-kunang untuk 20 orang. Butiran hotel adalah seperti berikut:

Mayres Hotel Sdn. Bhd.
No 29, 8th floor, Jalan Tun Habab,
81900, Kota Tinggi Johor

Tel No: 07-883 9099
Fax No: 07-883 8099

No comments: